Di kesempatan ini saya Abang Cik sekeluarga ingin ucapkan selamat hari raya kepada semua followers yang tersayang dan juga pembaca blog Abang Cik @ Cik Abang yang tak pernah jemu-jemu singgah dan meninggalkan jejak. Harap persahabatan yang terbina antara kita semua berkekalan sampai bila-bila.
Saya juga menyusun sepuluh jari memohon maaf, sekiranya ada tersilap kata, terkasar bahasa atau terguris hati sesiapa.
Kepada mereka yang tengah bersiap sedia untuk pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu. Ingatlah perayaan adalah untuk disambut bersama insan-insan yang tersayang dan bukan untuk diratapi.





0 comments:
Post a Comment