Sungguh pantas sebulan berlalu, terlalu cepat Ramadhan tiba langsung meninggalkan kita. Namun Alhamdulillah, dalam kesibukan bekerja kami sekeluarga tetap meletakkan ibadah sebagai keutamaan di bulan yang penuh barakah ini.
Semoga kita dapat bersama-sama meraikan kemenangan Syawal ini dengan meningkatkan ibadah dan melaksanakan segala tanggungjawab dengan penuh amanah, keadilan, dan rasa penuh syukur atas segala limpah rahmatNya. Dan semoga kita kembali kepada fitrah asal selepas menggilap iman semasa latihan Ramadhan.
Akhir kata, kami sekeluarga, abang cik, hamidah, shiqin, amirul dan ariff mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin kepada semua sanak saudara di seluruh Malaysia.




0 comments:
Post a Comment